RSS icon Email icon Bullet (black)
  • Kalah dan Menang dalam Cerita Hindustan

    Posted on September 2nd, 2010 mohdzaini No comments

    Jika anda pernah melihat filem Hindustan, anda mesti akan tahu bahawa kebanyakannya hero akan kalah dulu. Mula-mulanya seseorang itu merana, kalah, dan tiada harapan dan kadangkala putus harapan. Tiba-tiba sesuatu membangkitkan semangatnya dan keseluruhan cerita Hindustan tersebut berubah dan sudah pasti akhirnya hero tersebut menang.

    Cerita Hindustan tersebut adalah sama juga dengan kehidupan kita ini. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang tidak memuaskan, anda mungkin berada di awal cerita Hindustan tersebut. Jika anda berasa kehidupan anda memuaskan dengan apa yang diusahakan, anda mungkin berada diakhir cerita. Tapi walaupun anda menang sekarang mungkin juga anda akan kalah diakhir nanti. Kadangkala hero akan diuji walaupun sudah menang. Jika kita menang, marilah kita usahakan menjadi lebih menang lagi.

    Dalam cerita filem Hindustan tersebut, pengarah adalah orang yang mencipta aliran cerita. Segalanya ditentukan olehnya, menyiapkan tempat ambil gambar, edit dan terbitkan filem tersebut. Bagaimana pula dengan kita? Siapakah pengarah dalam hidup kita? Adakah kawan-kawan kita? Adakah ibu bapa kita? Adakah persekitaran kita?

    Jadi, sekarang kita sebenarnya boleh menjadi pengarah dalam kehidupan kita. Kitalah yang akan mengarahkannya dan yang pasti…kitalah pelakonnya dan kitalah yang menerima anugerahnya.

    Saya nak tanya; Apa cerita Hindustan yang anda suka?

    Mohd Zaini

    2 Sept 2010

    8:45am

    Share/Save/Bookmark

    NLP
  • Harga Diri Anda

    Posted on September 1st, 2010 mohdzaini 1 comment

    Dalam kehidupan kita, ada orang jarang menilai dan mengambil berat tentang harga diri sendiri. Kita lebih suka menilai berapa harga gaji yang kita terima, secara spesifiknya berapa banyak duit kita dapat. Kejadian ini bukanlah saya tujukan kepada anda, malah saya juga berfikiran sedemikian. Mungkin kita boleh tukar paradigma ini kan?

    Tahukah anda, bahawa kita semua mempunyai harga yang tidak dapat ditukarkan kepada harga senilai duit? Kalau dilihat, kita amatlah bertuah dan ‘kaya’ kerana kita diciptakan dengan sebaik mungkin. Malah lebih kaya dari harga benda-benda yang kita miliki. Apa pula yang dimaksudkan oleh saya dengan istilah ‘kaya’.

    Saya maksudkan ‘kaya’ kerana kita mempunyai tangan yang mana ada seseorang yang tiada tangan. Kita mempunyai kesihatan yang baik masa ini tetapi seseorang tidak sihat pada masa ini. Namun, jika ditukar secara barter tangan anda dengan duit senilai RM1Juta, belum tentu kita akan menukarnya. Dengan tangan, kita berpeluang melakukan apa saja.Jadi sudah tentu kita hendaklah bersyukur dan menggunakan kesempatan yang ada ini.

    Gunakan kesempatan ini semasa kita sihat. Gunakan kesempatan ini semasa anda masih berkemampuan kerana hari tua mendatang akan menyukarkan anda untuk bergerak pantas seperti sekarang. Tapi awas..gunakan ke jalan yang baik.

    Pesan saya..jangan beri tangan anda jika orang nak beli kerana setiap penciptaan ada tujuannya, termasuklah penciptaan kita sebagai manusia. Jangan lupa, hargai diri anda kerana anda hanya mempunyai seorang anda di dunia ini. Anda unik dengan anda sendiri.

    Mohd Zaini

    1 September 2010

    8:53am

    Share/Save/Bookmark

  • Permainan Kehidupan

    Posted on August 27th, 2010 mohdzaini 2 comments

    Hidup ini penuh dengan pelbagai perkara, yang dikehendaki dan yang tidak dikehendaki. Bagi saya, kehidupan adakalanya adalah seperti permainan. Mungkin betul, mungkin tidak…Saya beranggapan ianya seperti game kerana terdapat ada yang kalah dan ada yang menang. Kadangkala perlukan banyak kalah untuk hanya mendapatkan hanya satu kejayaan. Apa yang berlaku sebenarnya? Apa yang perlu dilakukan? Bagaimana boleh menang?

    Saya terfikir sejenak tentang permainan kehidupan. Kehidupan tak ubah seperti permainan ataupun game yang kita pernah main semasa kecil. Tak kiralah game sesama kawan-kawan atau menggunakan TV dan disambungkan ke alatan game. Adakalanya rentak kehidupan adalah tak ubah seperti dalam game. Cuma kita kadangkala tidak sedar. Ini kerana kita sudah besar kan? Kita sudah berpelajaran kan? Yang pasti saya nampak, game yang kita pernah main semasa kecil ada samanya dengan permainan kehidupan kita.

    Saya cuba saringkan seberapa info yang boleh daripada pengajaran permainan game semasa kita kecil. Untuk menang game tersebut, kita hendaklah selalu bermain dan biasakan diri dengan key ataupun butang yang disediakan ataupun perlu berlatih dengan kawan-kawan setiap hari (untuk game outdoor). Ini bermakna, untuk berjaya kita hendaklah tidak harus berputus asa. Cuba berusaha sebanyak mungkin, seperti berlatih di tahap 1 dan menang untuk ke tahap 2 dalam mana-mana game.

    Dalam game yang kita selalu main, terdapat beberapa peringkat yang mana memberi ganjaran dan kepuasan apabila melepasi sesuatu peringkat. Sama juga dengan artikel yang lepas saya tulis (20 Ogos 2010). Kita perlu menghabiskan sesuatu pekerjaan dan habiskan sehingga selesai. Ingat…sehingga selesai. Selepas itu kita akan ke peringkat seterusnya.

    Dalam kehidupan kita terdapat pelbagai cabaran-cabaran. Sama juga dengan game, pelbagai cabaran akan ditempuhi apabila melepasi sesuatu peringkat. Dan yang pasti semakin tinggi peringkat kita lepasi, semakin banyak cabaran. Jadi, kita hendaklah berwaspada dengan setiap tindakan dan banyakkan persediaan.

    Ada banyak lagi pengajaran dan pelajaran dari game yang kita sering tertunggu-tunggu semasa kecil dan dibandingkan dengan kehidupan kita. Kadangkala game semasa kita kecil melekakan. Bagaimana pula game kehidupan kita? Adakah melekakan juga?

    Itulah serba sedikit idea ringkas saya ini tentang game, game, game. Anda mungkin ada banyak lagi maklumat tentang Life Game ini.

    Dan yang pasti apabila kita kalah dalam sesuatu game…cuba belajar daripada kekalahan itu, jika boleh. Jangan biarkan kekalahan menjatuhkan anda tetapi jadikannya sebagai alat untuk anda berdiri dengan penuh bangga dan yakin. Saya pun masih belajar tentang game kehidupan ini. Salam Ramadhan.

    Mohd Zaini

    27 Ogos 2010

    10:12am

    Share/Save/Bookmark

  • Kepuasan Menghabiskan Sesuatu Kerja

    Posted on August 20th, 2010 mohdzaini 6 comments

    Dalam kehidupan sehari-harian, masa amtlah penting. Keperluan menggunakan masa sepenuhnya dapat menjadikan seseorang itu lebih tumpuan kepada sesuatu kerja. Jika masa tidak diuruskan sepenuhnya, keadaan akan menjadi kucar-kacir. Ini kerana, masalah demi masalah akan timbul disebabkan masalah tidak dapat diselesaikan.

    Rahsia untuk menurus masa ialah dengan membina kekuatan diri menghabiskan sesuatu pekerjaan dengan secepat mungkin. Selalu fikirkan untuk menghabiskan sepantas mungkin. jika kerja boleh dihabiskan pada hari itu, habiskan hari itu juga. menangguhkan sesuatu pekerjaan akan membawa padah.

    Setahu saya, kebanyakan orang berjaya, menggunakan setiap detik untuk melakarkan kejayaan. Mereka tidak menunggu sehingga masa yang sesuai. Jadi, sama-samalah kita menggunakan masa yang diberikan. Jangan risau, semua orang mempunyi masa yang sama, iaitu 24 jam. Yang membezakan adalah apa yang diperolehi dengan 24 jam tersebut.

    Mohd Zaini Nanyan

    20 August 2010 5:57am

    Share/Save/Bookmark

  • Pilihan Di tangan Anda

    Posted on August 18th, 2010 mohdzaini No comments

    Selamat berpuasa saya ucapkan kepada anda. Bagaimana hari-hari yang lepas? Adakah ada sedikit perubahan berbanding puasa-puasa tahun lalu? Apa yang anda rasakan berlainan pada kali ini? Saya pasti ada perubahan kan? Paling tidak pun sesuatu berubah dari segi angka, contohnya.. bagi saya perubahan umur. Saya amat terkejut dengan perubahan yang berlaku tiap masa, sama ada kecil ataupun besar. Pembangunan negara, yang sedar tak sedar hanya ada 10 tahun lagi menuju 2020, iaitu tahun yang menjadi tahun keramat bagi Malaysia.

    Jika perubahan yang anda rasakan sama sahaja, mungkin anda perlu mencari sesuatu perubahan dalam bulan puasa ini. Mungkin cara berpakaian anda, cara-cara pertuturan anda dan cara pengurusan pemakanan. Kesemuanya memerlukan antara satu sama lain. Keseimbangan adalah satu resipi kejayaan dalam kehidupan.

    Kali ini saya ingin mengulas berkaitan asas kepada sesuatu perubahan. Rasa-rasanya apa sebab manusia unik? Apa yang membuatkan manusia dapat bergerak pantas dan dapat mengawal dunia (seperti teknologi maklumat). Apa yang saya dapat jawap ialah pilihan. Kita diciptakan supaya dapat berfikir untuk memilih. Dan selalunya kedengaran pilihan yang kita buat tidaklah tepat. Jika kita fikirkan kembali, banyak kali kita mengeluh tiap pilihan yang kita pilih tidak menjadi dan tidak memenuhi apa yang kita sasarkan. Ada yang mengeluh dan ada yang menyalahkan keadaan. Pilihan sebenarnya adalah salah satu penyumbang kepada sesuatu perubahan.

    Tapi, saya ingin tekankan bahawa sebenarnya apa yang kita selalu pilih adalah pilihan yang tepat. Cuma kita tidak sedar. Kenapa ya? Sebenarnya kita memilih pilihan yang terbaik pada MASA ITU. Setiap kali kita memilih, sudah tentu kita memilih yang terbaik. Ini adalah disebabkan maklumat, pengaruh luar, keadaan diri kita, dan pengetahuan kita masa tersebut. Kalau kita memilih yang salah pun, kita sebenarnya memilih yang terbaik.

    Pilihan adalah bersifat dari dalaman. Ini adalah punca kepada kejayaan sesuatu. Kadangkala, ada yang memilih tidak melakukan apa-apa pada masa tersebut. Itu juga adalah pilihan. Memilih untuk dipengaruhi oleh persekitaran. Jika kita kaji, pengetahuan memilih akan membuatkan kita lebih berpengetahuan kerana jika kita memilih secara sedar, kita akan lebih banyak belajar dari cara-cara pemilihan.

    Bayangkan, pilihan baju yang kita ingin pakai sehari-harian. Adakah tepat pilihan kita? Kadangkala, warna baju juga menjadi persoalan dan memakan masa untuk memilih. Dalam pekerjaan juga kita diberi pelbagai pilihan. Dalam kehidupan seharian kita juga diberi pilihan. Jadi, pilihan akan membuatkan kita ke depan ataupun membuatkan kita terkebelakang. Inilah indahnya ciptaan tuhan. Bersyukurlah kita diberi satu anggota yang dipanggil “otak” yang tugasnya seringkali melibatkan kerja-kerja pemilihan untuk kehidupan kita.

    Jadi, boleh juga saya katakan….”Pilihan yang tepat adalah pilihan berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap kesan selepas keputusan pemilihan dibuat”….Pilihan ditangan anda.

    Mohd Zaini Nanyan

    18 Ogos 2010

    8:37pm

    Share/Save/Bookmark

  • Minda Lebih Berkuasa Dari Pemikiran

    Posted on July 24th, 2010 mohdzaini 3 comments

    Saya tak ada beberapa cerita ataupun huraian. Tetapi yang saya pasti, minda kita lebih berkesan dan berkuasa berbanding pemikiran.

    Napoleon Hill berkata “Apa-apa yang minda anda percaya dan dapat cipta, anda dapat capainya”.

    Mungkin ada cerita-ceritadi luar sana yang ada kaitan dengan artikel ini yang berlaku kepada anda.

    Mohd Zaini Nanyan

    24 Julai2010

    11:25pm

    Share/Save/Bookmark

    NLP
  • Suhu Bilik

    Posted on July 13th, 2010 mohdzaini 2 comments

    Saya teringat satu analogi berkaitan termometer. Dalam satu ceramah jurucakap bercerita tentang suhu yang terdapat dalam sesebuah bilik ceramah. Andaian yang diceritakan adalah lebih kurang begini “Jika suhu yang anda setkan adalah 70C, sekiranya suhu bilik menurun 50C, lambat laun suhu akan mencapai 70C juga akhirnya kerana anda telah pun setkan suhu bilik tersebut”.

    Apa yang dapat dipelajari dari andaian ini, adalah:

    a. Kita perlulah mempunyai matlamat.

    b. Matlamat biarlah lebih besar daripada sekarang.

    c. Jangan putus asa.

    Persoalan sekarang, bagaimana pula jika suhu tersebut tidak disetkan? Sudah tentu, orang lain akan setkan atau anda akan hilang pedoman kerana hidup anda diselubungi oleh kebergantungan kepada orang lain.

    Kalau tak silap, ceramah ini disampaikan oleh T. Harv Eker, yang mana seorang jurucakap bertaraf dunia. Jika anda ingin menjadi jutawan, ceramahnya adalah salah satu ceramah yang baik untuk diikuti.

    Mohd Zaini Nanyan

    13 Julai 2010

    8:19am

    Share/Save/Bookmark

  • Prinsip Asas Pengurusan Hidup 101

    Posted on July 12th, 2010 mohdzaini No comments

    Kali ini saya ingin mengutarakan soal tentang Prinsip Asas Pengurusan Hidup 101. Selalunya kalau ada kod 101, ini merupakan subjek dalam pengajian. Kod ini adalah kod asas dan selalunya diambil oleh pelajar baru.

    Semua itu tak penting, tetapi apa yang penting adalah subjek ini ada perkataan kehidupan, yang mana pembelajaran dalam kehidupan seringkali dilakukan dari masa ke semasa. Saya labelkan subjek ini kerana kita jarang melabelkan kehidupan adalah satu medan untuk belajar. Yang lebih tepat lagi, medan belajar untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

    Pembelajaran subjek asas ini saya rangkumkan dalam 4 bahagian:

    a. Pengurusan Masa. Masa untuk berehat, untuk keluarga, masyarakat dan masa bekerja. Pada pandangan saya, kejayaan seseorang adalah berpunca dengan penggunaan masa dengan berkualiti dan berterusan.

    b. Pengurusan Kesihatan. Ini berkaitrapat dengan pengurusan tenaga untuk melakukan sesuatu mencapai apa yang dikehendaki.

    c. Pengurusan Sumber-sunber Lain yang Berkaitan. Pengurusan ini melibatkan pengurusan sumber kewangan, pengurusan ilmu, pengurusan teknologi dan pengurusan kepimpinan.

    d. Pengurusan Aspek Sprirtual. Ia melibatkan pengurusan mental dan minda, pengurusan dengan pencipta, pengurusan qada dan qadar, dan juga pengurusan diri dengan Pencipta.

    Kalau kita hendak mencapai kejayaan di dalam kehidupan, keempat-empat sub pengurusan ini akan mengambil bahagian. Saya nasihatkan diri saya dan pembaca untuk mengambil berat tentang pengurusan ini kerana ia dapat membantu dalam mencapai sebarang kejayaan yang dihajati.

    Mohd Zaini Nanyan

    12 Julai 2010

    11:38pm

    Share/Save/Bookmark

  • Mengikuti jejak kejayaan

    Posted on July 9th, 2010 mohdzaini 6 comments

    Dalam kehidupan sehari-harian, saya masih teringat masa saya bersekolah. Kerana apa? Disitulah saya belajar macam mana hendak mencapai kejayaan. Antara nasihat yang penting bagi saya adalah “Orang boleh, kita pun boleh”. Ayat ini seringkali muncul apabila saya balik ke rumah masa cuti selepas beberapa lama berada di asrama. Mak dan ayah saya selalu menasihati saya berdasarkan ayat ini.

    Saya dapati, ayat ini menarik kerana inilah yang perlu kita lakukan. Kadangkala didapati seseorang itu berjaya, tapi bagaimana pula dengan kita? Sebenarnya daripada ayat ini, jelaslah kita juga berkemampuan. Kita hanya perlu mencari apa yang menyebabkan orang itu berjaya.

    Apapun saya tetap mengingati ayat “Orang boleh, aku pun boleh”.

    Mohd Zaini Nanyan

    9 Julai 2010

    4:41pm

    Share/Save/Bookmark

    NLP
  • Memecah Ketul Besar Menjadi Ketul Kecil

    Posted on July 8th, 2010 mohdzaini 3 comments

    Ramai dikalangan kita mempunyai matlamat yang jelas dan mengujakan. Tetapi, apabila mencecah sebulan daripada timbulnya idea mempunyai matlamat tersebut, motivasi menurun. Entah apa yang terjadi pun tak tahu. Macam rasa susah betul nak mencapai matlamat tersebut.

    Anda nak tahu apa rahsianya. Pecahkan matlamat anda menjadi matlamt-matlamat kecil. Ya, memang ianya agak normal bagi kita, dan biasa didengari, tetapi hakikatnya inilah, apabila kita mempunyai matlamat yang agak besar, pecahkan.

    Kenapa perlu dipecahkan:

    a. Dapat memotivasikan  dengan pencapaian kecil dahulu.

    b. Dapt menyelidiki ideal matlamat tersebut.

    c. Dapat mengubah strategi.

    d. Fokus.

    Kalau anda mempunyai matlamat besar, pecah-pecahkan, dan anda akan rasai keseronokan mencapai matlamat anda.

    Mohd Zaini Nanyan

    8 Julai 2010

    10:34pm

    Share/Save/Bookmark

    NLP